assalamualaikum semua..my name is wanie. i'm from penang... working as a teacher... baru ajer berjinak-jinak dengan bisnes online nih.. objektif utama nya satu ajer...untuk meningkatkan ekonomi dan menghilangkan rasa bosan..hehe...
Di Zaman yang penuh moden ini, ramai para ibu bapa yang mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Mereka juga akan menggunakan produk yang selamat untuk anak-anak mereka. Antara yang dirunsingkan oleh para ibu bapa ialah peningkatan harga kain lampin di pasaran sekarang. Jum..kita tinjau...:)))
APA ITU CLOTH DIAPERS/ LAMPIN MODEN??
Cloth diaper (lampin kain) (CD) merupakan kaedah alternatif penggunaan lampin yang ternyata selamat, mudah dan sangat praktikal. Yang pastinya , ia juga selamat untuk alam sekitar dimana ianya dapat mengurangkan pencemaran daripada lampin pakai buang (disposable diaper-DD) yang mengambil masa beratus-ratus tahun untuk lupus.
Melalui penggunaan CD ini juga, kita dapat memberikan sumbangan kecil terhadap pemeliharaan alam sekitar. Bayangkan jika kita sanggup berubah hari ini kepada penggunaan CD, sekaligus kita dapat membantu pembuangan sisa DD yang macam nasi lemak bungkus tu setiap hari.
DD bukan sahaja membuatkan bayi terdedah kepada ammonia dan bakteria tambahantetapi juga lebih berkemungkinan untuk mendatangkanruam lampin
Kita tidak tahu apakah kesan bahan kimia yang digunakan pada DD untuk jangka masa panjang. Yang kita tahu hanyalahDD mengandungi super absorbent polymers, petroleum based ingredients (seperti plastik) dan bahan-bahan kimia lain yang digunakan dalam industri pembuatan.
Ciri-Ciri Cloth Diaper
WATER PROOF / KALIS AIR- Bahagian luar diperbuat daripada BREATHABLE POLYURETHANE LAMINATED OUTER POLY KNITN yang akan menyerap kebasahan. Bahan ini tebalnya adalah 0.025mm dimana ia dapat memberikan lebih perlindungan kepada bayi.
INNER FLEECE - Bahangian dalamnya diperbuat daripada lapisan lembut POLYESTER MICRO FLEECE yang memastian punggung bayi berada dalam keadaan kering dan mudah dibersihkan. Ia menyentuh kulit bayi dengan lembut. lapisan ini menarik lembapan dan menyerap kebasahan untuk memastikan bayi anda kering, selesa dan tiada ruam.
POCKET OPENING - Ruang untuk memasukkan INSERT / SOAKER
INSERT / SOAKER - Berfungsi menyerap basahan dari bayi anda. Sehelai boleh bertahan 3-4 jam
CD vs DD~ jum kite tengok jap.....Zooom...........
Perbezaaan Harga CD & DD~~~ layan...zzzaaaasssss
Cadangan Jadual Penggunaan CD
Cara Membasuh CD
Prewash 2-3 kali sebelum diguna tanpa menggunakan sabun.(Ini adalah untuk menambah baik penyerapan fabrik)
Semburkan air ke atas INNER yang terkena najis dan buang najis ke dalam mangkuk tandas, bilas sehingga hilang bau. WARNA KUNING MASIH ADA??Masukkan CD ke dalam baldi untuk sesi basuhan. Tak perlu basuh CD hari2...simpan dalam baldi 2-3 hari sebelum basuhan...tak akan bertahi lalat punyer..percayalah...
Semasa sesi basuhan, masukkan ke semua CD ke dalam mesin basuh, "boleh aje guna sabun basuh paling murah di pasaran, tak de masalah punyer"... Kalau takut CD cepat rosak gunakan laundry net.
Sesi yang seterusnya adalah sesiMENJEMUR CD. Lepas kering angkat dan masukkan INSERT tu siap-siap dalam pocket pant semasa sesi melipat kain baju....Bila dah masuk awal-awal, senang bila nak pakai nanti.
JUM kite tukar daripada penggunaan pampers biasa ke pampers moden..
* bukti pembayaran ;
Nama Bank & No. Akaun kami
yang anda pilih (CIMB / Maybank)
Tarikh Masa Jumlah Nama Pengirim
**NOMBOR RUJUKAN**
**Nombor rujukan
penghantaran diberi apabila
diminta melalui SMS / EMAIL**
Kami tidak bertanggungjawab
ke atas kerosakan/kehilangan
semasa proses penghantaran
dibuat (setelah tracking number
diberi kepada pihak pembeli)
harap maklum!!!!